Telah beroperasi di refreshiman.blogspot.com

Assalamu ‘Alaikum

Kepada Pembaca yang dirahmati Allah. Blog ini telah berpindah semula ke http://www.refreshiman.blogspot.com. memandangkan blogspot, sudah stabil kembali.

 

Maaf di atas sebarang kesulitan dan selamat menambah ilmu.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Bangunlah selepas terjatuh..

Usaha membangunkan manusia adalah usaha yang meletihkan dan memenatkan. Tidak ramai yang akan terus berada  di atas jalan ini. Apatah lagi setelah melalui perjalanan yang sangat panjang. Seluruh tenaga dah dikerahkan. Memang kita akan merasa penat. Siapa pun akan merasa penat. Tetapi apabila memikirkan kerja ini bukan kita seorang yang melakukannya dan bukan kita yang memulakan dan bukan kita jua yang akan mengakhirinya kita mungkin akan sedikit lega.

Bila berhadapan dengan cabaran, kita kadang kala akan terduduk juga. Ayuhlah sahabat. Biar kita terduduk. Bangunlah kembali. Walaupun selepas itu kita akan terduduk seribu kali lagi. Itulah kemanisan yang ada pada perjalanan ini.

Apa yang lebih meletihkan dan memenatkan adalah tatkala menanti hasil tanaman membuahkan hasil.Tatkala mula kelihatan warna-warna kuning mula mencelah. Hati mula berbunga riang. Tetapi rupanya, hasil  diragut orang lain. Lama diusahakan. Lama dibina. Menjelang menanti untuk memetik keranuman buah itu, ada yang mengambilnya terus dari pokok. Bahkan ada yang terus mencantas pokok. Dan terus menghalau petani tua yang tidak punyai apa-apa.

Ya Allah.. Berilah kekuatan untuk terus bangun lagi. Untuk terus menanam lagi. Untuk terus membaja lagi. Walau terpaksa sekali lagi menggembur tanah gersang. Walau terpaksa sekali lagi menyemai benih. Walau terpaksa sekali lagi menyiram. Biar kita sekali lagi menghalau burung-burung yang cuba mengacau. Walaupun hakikatnya kita tidak akan tahu samaada buah itu untuk kita atau untuk orang lain juga.

Inilah hakikat perjalanan di dalam usaha membangunkan  manusia. Kerja kita adalah membangunkan mereka. Kerja kita adalah untuk bekerja. Kita bukan bekerja untuk hasil . tapi kita bekerja untuk kerja. Walaupun hasil untuk orang lain. Moga Allah berikan ketabahan hati ini. Untuk terus bekerja.

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Duhai Anakku-ep 2

Wahai Anakku Barang siapa yang tidak beramal tidak akan memperolehi ganjaran. Diriwayatkan kisah seorang lelaki dari Bani Israel beribadah kepada Allah selama 70 tahun. Allah berkehendak memuliakan lelaki ini dikalangan para malaikat. Diutuskan kepada lelaki tersebut satu malaikat agar mengkhabarkan … Continue reading

Rate this:

More Galleries | Leave a comment

Jom Refresh Iman Sempena Israk dan Mikraj

This gallery contains 2 photos.

Sudah menjadi seakan suatu kemestian tatkala datangnya bulan Rejab, Umat Islam seluruh dunia meraikan sambutan Israk dan Mikraj. Sambutan yang diadakan sama ada di dalam bentuk yang formal atau tidak formal. Dari sambutan berbentuk ceramah-ceramah, forum Perdana , konsert, dikir … Continue reading

Rate this:

More Galleries | Leave a comment

Duhai Anakku – ep 1

Ketahuilah, salah seorang murid Al Ghazali yang telah menyertai gurunya selama bertahun-tahun,  bertanya-tanya kepada dirinya. Ia berguru, menemani dan melayani gurunya dalam waktu yang cukup lama. Berbagai ilmu dan pengalaman spiritual telah diperolehnya, tetapi ia masih merasa ragu terhadap dirinya. … Continue reading

Rate this:

More Galleries | Leave a comment

Nak bagi tahu.. itu sebenarnya awak!.

This gallery contains 3 photos.

Saya nak kongsi dengan sahabat-sahabat pembaca satu soalan yang pernah ditanya kepada saya melalui email  : Salam Ustaz. Moga berada di dalam keadaan baik. Saya ada seorang kawan rapat. Alhamdulillah kawan saya ni termasuk di kalangan muslimah yang solehah. Solat … Continue reading

Rate this:

More Galleries | Leave a comment