Bangunlah selepas terjatuh..

Usaha membangunkan manusia adalah usaha yang meletihkan dan memenatkan. Tidak ramai yang akan terus berada  di atas jalan ini. Apatah lagi setelah melalui perjalanan yang sangat panjang. Seluruh tenaga dah dikerahkan. Memang kita akan merasa penat. Siapa pun akan merasa penat. Tetapi apabila memikirkan kerja ini bukan kita seorang yang melakukannya dan bukan kita yang memulakan dan bukan kita jua yang akan mengakhirinya kita mungkin akan sedikit lega.

Bila berhadapan dengan cabaran, kita kadang kala akan terduduk juga. Ayuhlah sahabat. Biar kita terduduk. Bangunlah kembali. Walaupun selepas itu kita akan terduduk seribu kali lagi. Itulah kemanisan yang ada pada perjalanan ini.

Apa yang lebih meletihkan dan memenatkan adalah tatkala menanti hasil tanaman membuahkan hasil.Tatkala mula kelihatan warna-warna kuning mula mencelah. Hati mula berbunga riang. Tetapi rupanya, hasil  diragut orang lain. Lama diusahakan. Lama dibina. Menjelang menanti untuk memetik keranuman buah itu, ada yang mengambilnya terus dari pokok. Bahkan ada yang terus mencantas pokok. Dan terus menghalau petani tua yang tidak punyai apa-apa.

Ya Allah.. Berilah kekuatan untuk terus bangun lagi. Untuk terus menanam lagi. Untuk terus membaja lagi. Walau terpaksa sekali lagi menggembur tanah gersang. Walau terpaksa sekali lagi menyemai benih. Walau terpaksa sekali lagi menyiram. Biar kita sekali lagi menghalau burung-burung yang cuba mengacau. Walaupun hakikatnya kita tidak akan tahu samaada buah itu untuk kita atau untuk orang lain juga.

Inilah hakikat perjalanan di dalam usaha membangunkan  manusia. Kerja kita adalah membangunkan mereka. Kerja kita adalah untuk bekerja. Kita bukan bekerja untuk hasil . tapi kita bekerja untuk kerja. Walaupun hasil untuk orang lain. Moga Allah berikan ketabahan hati ini. Untuk terus bekerja.

 

 

About refreshiman

BEKERJA MEMBANGUNKAN MANUSIA..
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s